KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran di Malaysia kekal 3.6 peratus pada Januari 2023 dengan bilangan penganggur menurun kepada 596,100 orang atau 0.6 peratus berbanding 599,600 orang pada bulan sebelumnya, demikian menurut Statistik Tenaga Buruh, Malaysia, Januari 2023 yang dikeluarkan hari ini.
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, bilangan tenaga buruh pada Januari juga meningkat 0.2 peratus dengan merekodkan 16.16 juta orang berbanding 16.13 juta orang pada Disember, manakala kadar penyertaan tenaga buruh (LFPR) tidak berubah iaitu 69.8 peratus.
"Pasaran buruh negara terus berada pada trend menaik berikutan peningkatan kedudukan aktiviti ekonomi semasa, selari dengan perkembangan ekonomi global.
"Senario positif ini disumbangkan oleh peningkatan dalam bilangan penduduk bekerja, manakala bilangan penganggur terus berkurang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kategori pekerja terus kekal sebagai komposisi terbesar dalam jumlah penduduk bekerja pada Januari 2023, merangkumi 75.7 peratus atau 12.24 juta orang berbanding 12.23 juta orang pada bulan sebelumnya.
Mohd Uzir berkata trend yang sama dapat dilihat bagi kategori bekerja sendiri yang mencatatkan peningkatan sebanyak 0.6 peratus atau 2.88 juta orang pada Januari berbanding 2.86 juta orang pada Disember.
Bagi pekerja mengikut sektor ekonomi, beliau berkata sektor perkhidmatan terus mencatat pertumbuhan positif dalam guna tenaga terutamanya dalam perdagangan borong dan runcit, pentadbiran dan khidmat sokongan selain sektor pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian serta makanan.
Berhubung situasi pengangguran pada Januari, beliau berkata sebahagian besar daripada penganggur adalah penganggur aktif atau mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan merangkumi 80.8 peratus iaitu daripada jumlah itu, 60.8 peratus adalah mereka yang menganggur kurang daripada tiga bulan, manakala 6.4 peratus adalah mereka yang berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun.
Sementara itu, mereka yang percaya tiada pekerjaan tersedia atau penganggur tidak aktif menurun sebanyak 0.8 peratus kepada 114,500 orang berbanding 115,400 pada Disember, katanya.
Dalam pada itu, Mohd Uzir berkata kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun turun kepada 11.5 peratus, dengan 328,800 orang belia menganggur berbanding 331,000 orang pada bulan sebelumnya, manakala kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun meningkat 0.1 mata peratus kepada 7.0 peratus dengan mencatatkan 449,700 orang daripada 444,500 orang pada Disember.
Bagi bilangan luar tenaga buruh, mencatatkan penurunan sebanyak 0.02 peratus kepada 7.24 juta orang dengan 43.0 peratus daripada jumlah itu terdiri daripada kategori kerja rumah atau tanggungjawab keluarga manakala 40.9 peratus dalam kategori bersekolah atau latihan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2023
Kategori pekerja terus kekal sebagai komposisi terbesar dalam jumlah penduduk bekerja pada Januari 2023. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
65 murid keracunan makanan di Sungai Petani
Seramai 65 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya dipercayai mengalami keracunan makanan selepas makan di kantin sekolah pagi tadi.
Pengadu terima panggilan pertama Ebit Lew jam 3.40 pagi - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret bahawa dia menerima panggilan telefon pertama daripada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew pada jam 3.40 pagi, 4 Mac 2021.
[TERKINI] Netanyahu tiba di Kneeset teruskan persidangan
Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Yoav Gallant dilihat meneruskan sesi baharu pembukaan parlimen disaat berita mengenai permohonan waran tangkap hangat diperkatakan ketika ini.
Dalam rakaman yang dikongsikan Reuters, Netanyahu berjalan memasuki dewan dengan kawalan ketat anggota keselamatan.
Dalam rakaman yang dikongsikan Reuters, Netanyahu berjalan memasuki dewan dengan kawalan ketat anggota keselamatan.
[TERKINI] Ketua Pendakwa Raya mohon waran tangkap terhadap Netanyahu
Mimpi ngeri Israel yang menyuarakan kebimbangan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersedia mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawainya bakal menjadi kenyataan selepas notis permohonan diserahkan ICC kepada tiga panel hakim yang terlibat dalam pra-perbicaraan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
AWANI Ringkas: Buang bayi - Sepasang kekasih ditahan di Kemaman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
California terus berada di kedudukan teratas dalam kadar pengangguran di AS
California terus menerajui Amerika Syarikat (AS) dalam jumlah kehilangan pekerjaan sejak awal tahun ini.
Purata kadar pengangguran 2024 di Malaysia diunjur 3.4 peratus - Maybank IB
Katanya, kadar pengangguran kekal 3.3% untuk bulan kelima berturut-turut pada Mac 2024, disokong oleh jurang yang stabil antara pertumbuhan guna tenaga yang terus mengatasi pertumbuhan tenaga buruh.
Peningkatan kerentanan terhadap pengangguran satu kebimbangan - IDEAS
Peningkatan kerentanan terhadap pengangguran menjadi satu kebimbangan utama yang dijejaskan lagi oleh impak akibat pandemik COVID-19.
Bilangan penganggur menurun pada September - DOSM
Bilangan penganggur pada September lepas menurun 0.6 peratus kepada 573,700 orang berbanding 577,300 orang pada bulan sebelumnya.
Perkeso Kelantan kurangkan pengangguran menerusi lebih 37,000 penempatan pekerjaan
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan membantu mengurangkan pengangguran di negeri ini menerusi lebih 37,000 penempatan pekerjaan baharu dari Januari 2020 hingga September lepas.
Semua negeri merekodkan kadar pertumbuhan positif pada 2022
DoSM merekodkan pertumbuhan positif walaupun wujud ketidaktentuan ekonomi global, konflik geopolitik dan gangguan rantaian bekalan makanan.
Kadar pengangguran belia 10.1 peratus suku pertama 2023 - KSM
Kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan belia dilihat sebagai fenomena global yang dihadapi kebanyakan negara di seluruh dunia.
Kadar pengangguran Kelantan tinggi, catat 4.1 peratus pada Februari
Kadar pengangguran di Kelantan tinggi apabila merekodkan 4.1 peratus pada Februari lepas, kata Pengarah Perkeso Kelantan Nora Yaacob.
'Industrial peace' dan 'high productivity' lebih berkesan, lebih kekal dalam menaikkan upah pekerja
Kebimbangan terbesar ialah pengangguran dalam kalangan golongan belia yang tidak patut berlaku memandangkan peluang kerja sentiasa ada.
Populasi India mengatasi China menjelang pertengahan 2023
China berdepan penurunan demografi lantaran kadar kelahiran yang menjunam sementara tenaga kerja semakin menua.